Belanda padamkan impian AS untuk melangkah ke suku akhir Piala Dunia

ANKARA: Belanda menumpaskan Amerika Syarikat 3-1 pada Sabtu sekali gus menjadi pasukan pertama mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA, lapor Agensi Anadolu (AA).

Gol pertama Belanda diperoleh pada minit ke-10 hasil jaringan Memphis Depay (gambar) selepas mendapat umpanan menarik daripada Denzel Dumfries.

Belanda menggandakan jurang jaringan pada masa kecederaan menerusi jaringan Daley Blind yang mematikan langkah penjaga gawang Matt Turner.

Gol tunggal pasukan Pasuka AS dihasilkan pada minit ke-75 menerusi pemain Haji Wright.

Belanda terus mengorak langkah dengan memperoleh gol ketiga pada minit ke-81 menerusi jaringan Dumfries. Kedudukan kekal 3-1 sehingga wisel penamat.

Dengan tersingkirnya AS bermakna tiada pasukan Konfederasi Persatuan Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) yang berjaya meneruskan aksi di Qatar.

Pasukan Kanada, Mexico dan Costa Rica juga telah tersingkir sebelum ini.

AS akan menjadi tuan rumah Piala Dunia edisi 2026 bersama Mexico dan Kanada.-Bernama