Dr Mahathir masuk IJN untuk jalani prosedur perubatan elektif

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad(gambar) hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Kenyataan IJN memaklumkan berdasarkan prosedur operasi standard semasa, tiada pelawat dibenarkan menziarahi Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pada 16 Dis lepas, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar seminggu kemudian.-Bernama