PM ajak rakyat terus jaga kesihatan diri, planet

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob(gambar) hari ini menyeru rakyat untuk memastikan kesihatan diri dan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.

Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2022 yang disambut hari ini, Ismail Sabri berkata diri dan kualiti alam sekitar adalah penentu utama kesihatan.

“Sayangilah bumi. Bumi anugerah buat kita. Planet yang sihat menyumbang ke arah udara, air dan makanan yang bersih.

“Planet Kita, Kesihatan Kita! Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022,“ kata beliau dalam Facebooknya hari ini.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. Hari Kesihatan Sedunia 2022 bertemakan ‘Planet Kita, Kesihatan Kita’.-Bernama