Sempadan Turkiye-Armenia dibuka selepas 30 tahun untuk hantar bantuan ke zon gempa

ISTANBUL: Sempadan Turkiye-Armenia dibuka semula pada Sabtu, buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi.

Menurut Agensi Anadolu, lima trak yang membawa bantuan dari Armenia menyeberangi sempadan Alican dan melintasi wilayah Igdir di timur Turkiye.

Timbalan Menteri Luar Armenia Vahan Kostanyan berkongsi video yang menunjukkan trak bantuan melintasi jambatan untuk ke Turkiye.

“Bantuan kemanusiaan daripada #Armenia melintasi jambatan Margara di sempadan #Armenia-#Turki menuju ke wilayah yang dilanda gempa bumi,” kata Kostanyan di Twitter.

Serdar Kilic, Turkiye’s special envoy to discuss steps for normalisation of ties with Armenia, thanked on Twitter to Armenia for the aid.

Utusan Khas Turkiye Serdar Kilic mengucapkan terima kasih kepada Armenia atas bantuan itu.

“Terima kasih @VahanKostanyan terima kasih @RubenRubinyan atas usaha murni anda untuk menjayakan usaha ini.

“Saya akan sentiasa kenang bantuan ikhlas yang dihantar oleh rakyat Armenia untuk membantu meringankan penderitaan rakyat kita di wilayah yang dilanda gempa bumi di Turkiye,” kata Kilic di Twitter.

Jurucakap Kementerian Luar Armenia Vahan Hunanyan berkata di Twitter: “Hari ini #Armenia telah menghantar bantuan kemanusiaan ke #Turki. Trak yang membawa bantuan kemanusiaan telah melintasi jambatan Margara di sempadan dan dalam perjalanan menuju ke kawasan yang dilanda gempa bumi.”

Lintasan sempadan Alican pernah digunakan pada tahun 1988 apabila gempa bumi kuat melanda Armenia untuk menghantar bantuan oleh Bulan Sabit Merah Turki ke kawasan yang terjejas.

Tahun lalu, pegawai Turki dan Armenia bersetuju membuka sempadan darat untuk membolehkan rakyat negara ketiga melawat kedua-dua negara secepat mungkin, menurut Kementerian Luar Turki.

Turkiye dan Armenia juga telah menyambung semula penerbangan komersial pada Februari 2022 selepas terhenti selama dua tahun.

Hubungan kedua-dua negara dingin disebabkan pelbagai isu termasuk pendudukan Armenia di Nagorno-Karabakh dan peristiwa 1915 semasa era Empayar Uthmaniyyah sehingga sempadan antara dua negara itu ditutup sejak 1993. –Bernama