Tiga lelaki direman bantu siasatan kes pukul di Taiping

IPOH: Tiga lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengenai video tular menerusi media sosial memaparkan seorang lelaki dipukul di Kuala Sepetang di Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata kesemua lelaki berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan pada 9.45 malam semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

“Polis telah mengesan sebuah video berdurasi dua minit yang ditularkan menerusi Facebook bertajuk ‘seorang lelaki dipukul’ di kawasan Kuala Sepetang, Taiping.

“Rakaman video itu menunjukkan kejadian seorang lelaki dipukul oleh tiga lelaki,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Osman berkata susulan itu, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-Bernama