Panglima TUDM hadiri pertunjukan udara, bertemu rakan sejawatan dari India

NEW DELHI: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan (gambar) akan menghadiri pertunjukan Aero India di selatan India pada Isnin dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari India.

Asghar juga dijadual membincangkan kerjasama dua hala dengan Lt Jen Takuto Ogasawara, naib ketua turus Angkatan Pertahanan Udara Jepun, semasa lawatan itu, kata seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Bernama.

Panglima TUDM akan mengunjungi Panglima Tentera Udara India Marshal VR Chaudhari pada Isnin.

Pertunjukan udara itu yang berlangsung dari 13 hingga 17 Februari di Stesen Tentera Udara di Yelahanka, Bangalore, menarik 800 peserta pameran termasuk kira-kira 110 peserta dari luar negara. –Bernama